Mac 11, 2011

Hikayat

Whatsername mengarut di sini.

Encik, hikayat dan mitos ditolak faktanya kerana menurut pakar sejarah, perlu ada tarikh dan bukti wujudnya sesuatu perkara.  Bukti fizikal seperti tulang, atau keris atau apa sahaja yang membolehkan sesuatu itu disahkan pernah wujud.  Yang dijumpai hanyalah naskhah2 teks tanpa penulis yang dihimpunkan menjadi Sejarah Melayu.  Boleh jadi hikayat yang Encik maksudkan itu wujud, dan belum ditemui bukti fizikalnya.  Sehingga terjumpanya bukti fizikal, kekallah ia sebagai mitos dan tidak layaknya dimasukkan dalam buku teks. 

Jika dari penafsiran gua terhadap ayat Encik, maka gua dapat merumuskan bahawa Snow White dan Cinderella itu wujud.  Kerana tiada bukti fizikal untuk mitos mereka.  Tapi mereka tidak layak dipanggil mitos kerana adanya nama pengarang untuk cerita dongeng itu.  Akan tetapi Sejarah Melayu pula tiada penulisnya, tiada pencatat tarikhnya, maka tidak layaklah dia dipanggil sebuah cerita karangan untuk diceritakan pada kanak-kanak zaman dahulu.  Ini menyebabkan generasi sekarang seperti Encik merasa sangat celaru sama ada itu benar-benar terjadi atau hanya cerita karangan.

Hikayat Merong Mahawangsa.
Encik memang pandai sejarah.  Gua tak tahu sebab gua tak rasa ianya penting lagi selepas tamatnya peperiksaan ketika SPM dahulu.  Jadi gua takkan argue lu Encik.

"Tolak bangsa, ambil agama. Jenaka apakah ini? "
 
Gua faham.  Semua faham.  Lu tujukan ayat ini untuk Parti Islam Semalaysia.  Alangkah dangkalnya pemikiran lu apabila mengeluarkan statement ini.  Seharusnya lu mengkaji sedalam-dalam sebelum mengeluarkan penafian lu.  Gua bukanlah seorang penyokong Pas akan tetapi gua memahami apa yang cuba di sampaikan pemimpin Pas.  
 
Walaupun lu cuba menafikan bahawa kebanyakan pemimpin Pas itu layak di panggil ulama kerana ilmu agamanya lebih banyak dari orang kebanyakan.  Dan ada segelintir juga ulama di dalam Umno.  Dan ada di antara mereka hanyalah ulama palsu, tak kira Pas atau Umno, mereka menggunakan agama itu sebagai perisai melindungi kepentingan dunia mereka.  Akan tetapi mereka masih layak dipanggil ulama kerana ilmu agama mereka yang tinggi.
 
Pas tidak menolak bangsa, mereka cuma mengutamakan Islam itu sahaja. Adanya perbezaan antara Muslim, Orang Islam dan Orang Beriman.  Semua manusia adalah muslim, semua yang mengucap syahadah adalah Islam dan hanya orang yang beramal dan benar-benar tunduk kepada Allah sahaja yang layak dipanggil orang beriman.  Jika ada yang berbangsa China tetapi beriman kepada Allah swt, maka selayaknya dia harus diikut berbanding dengan sang melayu yang meneguk arak akan tetapi masih tiada perasaan malu membawa nama Islam.  Nampakkah lu mengapa Islam melampaui bangsa?  Islam menilai manusia itu melalui akhlaknya dan imannya.
 
Dan tujuan Allah menjadikan berbagai bilang bangsa dan suku di bumi adalah supaya dapatlah kita berkenalan dan saling mempelajari segala ilmu yang ada.  Ini kerana Allah berfirman: (maksudnya):
Wahai manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuanNya. (Surah al-Hujurat: 13).
Ayat ini menjelaskan bahawa kemuliaan insan adalah disebabkan nilai keperibadiannya; iaitu iman dan akhlak yang mulia yang diistilahkan sebagai taqwa.  Nabi s.a.w menegaskan lagi dalam hadis baginda:
“Wahai manusia! Sesungguhnya tuhan kamu sama, bapa kamu sama (Adam). Ketahuilah! Tiada kelebihan orang arab ke atas ‘ajam (yang bukan arab), atau ‘ajam ke atas arab, atau yang berkulit merah ke atas yang berkulit hitam, atau yang berkulit hitam ke atas yang berkulit merah melainkan ketakwaan” (Riwayat Ahmad dan al-Baihaqi, dinilai hasan oleh al-Albani).
Inilah prinsip Islam dalam menilai manusia, bukan berdasarkan warna kulit dan keturunan, tetapi berasaskan nilai kebaikan yang ada pada seseorang insan.  Jadi gua boleh anggap lu adalah seorang rascist dan berbangga menjadi rascist.  Sedangkan gua yakin gua adalah seorang pengamal model exclusivist.  Lu tak tahu apa maksudnya model exclusivist?  Lu boleh tanya kitab agung lu, Google.
 
 
"Tolak hikayat, ambil firman Al-Quran. Sungguh melucukan."
 
Pertamanya, Al-Quran itu tidak berfirman.  Allah SWT lah yang berfirman dan firmannya itu dicatat di dalam Al-Quran.  Al-Quran itu hanyalah makhluk, yang menjadi bacaan dan pedoman sekalian orang beriman.  Dan gua rasa tak perlu gua nak terang dengan panjang lebar  bahawa Al-Quran itu lah satu-satunya menjadi pegangan kita orang Islam supaya menjadi orang yang beriman, di lengkapi dengan Hadith dan diserikan dengan Sunnah Nabu s.a.w.  Hikayat lu boleh tolak tepi.  Kerana hikayat itu sendiri ceritanya bukanlah perihal keagungan Islam.  Si Merong itu bukanlah seorang hamba yang menyembah Allah dan tidak wajarlah dia dijadikan sebagai satu pegangan untuk menegakkan syiar cahaya agama Islam di Malaysia.  Adalah lebih baiknya diambil kisah para Sahabat yang berjuang atas dasar Islam semata-mata.  Dan para Sahabat terdiri dari pelbagai bangsa.  Contoh, Bilal adalah dari kaum kulit hitam (puak Habsyi).  Akan tetapi mereka wajar dijadikan contoh kerana pengorbanan mereka.
 
"Sungguh jika Tuhan mempunyai mulut, pasti Tuhan akan mentertawakan perilaku bodoh kita ini." 

Sesungguhnya, jika Tuhan yang kamu maksudkan di sini adalah Allah swt, maka segeralah bertaubat.  Kerana perlakuan menyerupakan Allah seperti makhluk adalah satu perkara syirik dan syirik membawa kepada dosa.  Maka jika niat kamu sebegitu, maka segeralah bertaubat.

Tamat


p/s : Tidak perlu mengasah keris atau mengangkat seperti Hishamudin, perbanyakkan amal lu dan berpesan-pesan pada mereka yang lalai.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan