Mac 11, 2011

Hikayat

Whatsername mengarut di sini.

Encik, hikayat dan mitos ditolak faktanya kerana menurut pakar sejarah, perlu ada tarikh dan bukti wujudnya sesuatu perkara.  Bukti fizikal seperti tulang, atau keris atau apa sahaja yang membolehkan sesuatu itu disahkan pernah wujud.  Yang dijumpai hanyalah naskhah2 teks tanpa penulis yang dihimpunkan menjadi Sejarah Melayu.  Boleh jadi hikayat yang Encik maksudkan itu wujud, dan belum ditemui bukti fizikalnya.  Sehingga terjumpanya bukti fizikal, kekallah ia sebagai mitos dan tidak layaknya dimasukkan dalam buku teks. 

Jika dari penafsiran gua terhadap ayat Encik, maka gua dapat merumuskan bahawa Snow White dan Cinderella itu wujud.  Kerana tiada bukti fizikal untuk mitos mereka.  Tapi mereka tidak layak dipanggil mitos kerana adanya nama pengarang untuk cerita dongeng itu.  Akan tetapi Sejarah Melayu pula tiada penulisnya, tiada pencatat tarikhnya, maka tidak layaklah dia dipanggil sebuah cerita karangan untuk diceritakan pada kanak-kanak zaman dahulu.  Ini menyebabkan generasi sekarang seperti Encik merasa sangat celaru sama ada itu benar-benar terjadi atau hanya cerita karangan.

Hikayat Merong Mahawangsa.
Encik memang pandai sejarah.  Gua tak tahu sebab gua tak rasa ianya penting lagi selepas tamatnya peperiksaan ketika SPM dahulu.  Jadi gua takkan argue lu Encik.

"Tolak bangsa, ambil agama. Jenaka apakah ini? "
 
Gua faham.  Semua faham.  Lu tujukan ayat ini untuk Parti Islam Semalaysia.  Alangkah dangkalnya pemikiran lu apabila mengeluarkan statement ini.  Seharusnya lu mengkaji sedalam-dalam sebelum mengeluarkan penafian lu.  Gua bukanlah seorang penyokong Pas akan tetapi gua memahami apa yang cuba di sampaikan pemimpin Pas.  
 
Walaupun lu cuba menafikan bahawa kebanyakan pemimpin Pas itu layak di panggil ulama kerana ilmu agamanya lebih banyak dari orang kebanyakan.  Dan ada segelintir juga ulama di dalam Umno.  Dan ada di antara mereka hanyalah ulama palsu, tak kira Pas atau Umno, mereka menggunakan agama itu sebagai perisai melindungi kepentingan dunia mereka.  Akan tetapi mereka masih layak dipanggil ulama kerana ilmu agama mereka yang tinggi.
 
Pas tidak menolak bangsa, mereka cuma mengutamakan Islam itu sahaja. Adanya perbezaan antara Muslim, Orang Islam dan Orang Beriman.  Semua manusia adalah muslim, semua yang mengucap syahadah adalah Islam dan hanya orang yang beramal dan benar-benar tunduk kepada Allah sahaja yang layak dipanggil orang beriman.  Jika ada yang berbangsa China tetapi beriman kepada Allah swt, maka selayaknya dia harus diikut berbanding dengan sang melayu yang meneguk arak akan tetapi masih tiada perasaan malu membawa nama Islam.  Nampakkah lu mengapa Islam melampaui bangsa?  Islam menilai manusia itu melalui akhlaknya dan imannya.
 
Dan tujuan Allah menjadikan berbagai bilang bangsa dan suku di bumi adalah supaya dapatlah kita berkenalan dan saling mempelajari segala ilmu yang ada.  Ini kerana Allah berfirman: (maksudnya):
Wahai manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuanNya. (Surah al-Hujurat: 13).
Ayat ini menjelaskan bahawa kemuliaan insan adalah disebabkan nilai keperibadiannya; iaitu iman dan akhlak yang mulia yang diistilahkan sebagai taqwa.  Nabi s.a.w menegaskan lagi dalam hadis baginda:
“Wahai manusia! Sesungguhnya tuhan kamu sama, bapa kamu sama (Adam). Ketahuilah! Tiada kelebihan orang arab ke atas ‘ajam (yang bukan arab), atau ‘ajam ke atas arab, atau yang berkulit merah ke atas yang berkulit hitam, atau yang berkulit hitam ke atas yang berkulit merah melainkan ketakwaan” (Riwayat Ahmad dan al-Baihaqi, dinilai hasan oleh al-Albani).
Inilah prinsip Islam dalam menilai manusia, bukan berdasarkan warna kulit dan keturunan, tetapi berasaskan nilai kebaikan yang ada pada seseorang insan.  Jadi gua boleh anggap lu adalah seorang rascist dan berbangga menjadi rascist.  Sedangkan gua yakin gua adalah seorang pengamal model exclusivist.  Lu tak tahu apa maksudnya model exclusivist?  Lu boleh tanya kitab agung lu, Google.
 
 
"Tolak hikayat, ambil firman Al-Quran. Sungguh melucukan."
 
Pertamanya, Al-Quran itu tidak berfirman.  Allah SWT lah yang berfirman dan firmannya itu dicatat di dalam Al-Quran.  Al-Quran itu hanyalah makhluk, yang menjadi bacaan dan pedoman sekalian orang beriman.  Dan gua rasa tak perlu gua nak terang dengan panjang lebar  bahawa Al-Quran itu lah satu-satunya menjadi pegangan kita orang Islam supaya menjadi orang yang beriman, di lengkapi dengan Hadith dan diserikan dengan Sunnah Nabu s.a.w.  Hikayat lu boleh tolak tepi.  Kerana hikayat itu sendiri ceritanya bukanlah perihal keagungan Islam.  Si Merong itu bukanlah seorang hamba yang menyembah Allah dan tidak wajarlah dia dijadikan sebagai satu pegangan untuk menegakkan syiar cahaya agama Islam di Malaysia.  Adalah lebih baiknya diambil kisah para Sahabat yang berjuang atas dasar Islam semata-mata.  Dan para Sahabat terdiri dari pelbagai bangsa.  Contoh, Bilal adalah dari kaum kulit hitam (puak Habsyi).  Akan tetapi mereka wajar dijadikan contoh kerana pengorbanan mereka.
 
"Sungguh jika Tuhan mempunyai mulut, pasti Tuhan akan mentertawakan perilaku bodoh kita ini." 

Sesungguhnya, jika Tuhan yang kamu maksudkan di sini adalah Allah swt, maka segeralah bertaubat.  Kerana perlakuan menyerupakan Allah seperti makhluk adalah satu perkara syirik dan syirik membawa kepada dosa.  Maka jika niat kamu sebegitu, maka segeralah bertaubat.

Tamat


p/s : Tidak perlu mengasah keris atau mengangkat seperti Hishamudin, perbanyakkan amal lu dan berpesan-pesan pada mereka yang lalai.

Mac 10, 2011

Makwe 17: Makwe Singapura

Ok. Gua tak paham kenapa dia nak usha makwe/gadis/awek/wanita/perempuan di dalam video tu.  Link di sini.

Post sebelum ni, whatsername bercakap perihal syiah di Iran, rezeki dan sebagainya.  Pastu dia ada kutuk pasal permepuan freehair.  Dan sekarang dia lak duk share video perempuan gedik.  Gua malu beb.  Cakap pasal agama, kutuk perempuan itu ini, tapi lu cari perempuan juga, Ya, gua tahu.  takan nak suruh dia cari lelaki pulak.  Tapi gua rasa tak perlulah lu nak share benda-benda macam ni.  Takde manfaatnya. 

Dan gua tertanya agak sedikitlah adanya.  Camne lu boleh jumpa video ni?  Lu search sendiri ke?  Tindakan lu share perkara macam ni membuatkan otak gua ni terlintas perkara yang gua boleh fitnah lu bodo2 je.  Dan gua tak mahulah utarakan apa dalam otak gua ni.  Gua tak mahu fitnah.

p/s: kental juga whatsername.  2 post satu hari.  Dibuatnya 10 post, letih gua nak menentang.

Sejenak 2

Post kali ni gua nak ulas pasal post whatsername di sini.

Ok. Gua takleh nak lawan. Dia cakap benda betul. Gua bukan bodoh sangat nak menentang segala perkara.  Ada perkara yang betul, gua setuju.  Kita kasi tabik sama itu Aleexia dan Aqram!

Salud!

P/s: Whatsername masih lagi nak mengutuk pemakaian gadis kita.  Apahal?  Lu takde benda lain ke nak pikir?  Lantak la diorang nak pakai warna warni ke apa, janji diorang tutup aurat.  Bab buka tudung nak freehair tu gua setuju dengan whatsernama.  Salud!

Mac 09, 2011

Sejenak

Post ini adalah serangan balas untuk post encik whatsername yang boleh dibaca di sini.

Gua tak rasa memperkenalkan diri disertakan sekali dengan mempromosi blog peribadi adalah satu penyalahgunaan dari akar umbi?  WTF dengan penggunaan ayat yang sangat kosong ni?  Bajet bombastik larh?

"Hai nama saya AlexiaAqram dari lensarosak.blogspot.com"

"Asalamualaikum nama saya Whatsername dari lensarosaktakmampubayardomainname.com"



Gua tahu blog bukan satu lambang perkenalan diri atau satu identifikasi yang sah.  Tapi at least diorang tak macam lu whatsername.  Nama lu tu gua rasa takde pun dalam rekod JPN.  Diorang yakin dengan diri diorang.  Macam Farah Liyana yang lu benci tu.  Siap buh gambar sendiri.  Comel dengan segala shawls yang lu benci.

Gambar lu?  Takde siapa pernah tengok gambar lu dan awek lu.  Macam gua gak.  Gua memang bacul.

Gua rasa lu orang kalau ada blog, wajar perkenalkan blog lu orang ketika sesi perkenalan Persatuan Mahasiswa.  Macam kool sikit.  Senang membe baru lu nak kenal lu dengan rapat tanpa banyak tanya lu soalan sama dari tadika.  Contoh, berapa kali dalam hidup lu, orang lain tanya soalan sama.  Contoh:
 
"Lu asal mana?" (3,246 kali)
"Lu berat berapa?" (540 kali)
"Mak bapak lu pun dari Johor?" (2,007 kali)
"Lu sekolah mana?" (345 kali)
"SPM lu camner?" (2,514 kali)

Dan soalan paling pedih bila ada gadis cantik nak gila tanya lu:

"Abang dah ada girlfriend?"  (0 kali)

Barai nak jawab kalau lu dah ada awek. Hah!

It's wonderful, ain't it?

p/s : Lepas ni lu promote je blog lu. Untung-untung dapat jual shawls.
p/s : Post pertama gua nak lawan whatsername  Macam bogoh je gua.

Post #1: Sebab dan Musabab Blog ini Diwujudkan

Ya. Gua tahu takkan ada orang sedar punya gua buat blog ni. Tapi in case kalau ada manusia yang terbaca blog ni, maka gua terpaksa ler bagitahu sebab gua buat blog ni.

Kalau lu orang perasan, nama blog ni diceduk dan diciplak dari satu blog yang gua tak suka iaitu lensarosak.blogspot.com.  Jadi boleh dikatakan, gua kan cuba menangkis segala hujah-hujah palsu dan post-post lame nak mampous yang si penulis blog itu, iaitu AlexiaAqram or whathis/hername.  Kenapa gua tak suka blog itu?  ini sebab peribadi.  Gua ada pemikiran yang berkecamuk dan sentiasa perlukan sesuatu untuk direbelkan.  Rebel.  Familiar word ain't it?

Secondly, gua buat blog ni sebab gua ada masalah percintaan. Ya! Gua mat jiwang. Tapi gua tak berani nak face to face dengan masalah gua.  Gua jenis manusia yang akan lari dari masalah.  Gua lebih cenderung memendam.  Tapi gua dah tak tahan nak memendam dan tak tahu nak luah kat sape lagi beb.  Takkan nak luah kat mak bapak gua.  Haramlah.  Aku dah tahu jawapannya mesti sama macam jawapan dalam buku teks sekolah tingkatan 5 punya.  Nak luah kat membe membe?  Ego kena jaga beb.  Gua sebagai lelaki melayu tipikal kena jaga ego beb.  Maruah depan membe-membe tu.

Ok.  Sekarang gua takde masa nak menulis.  Gua nak tukar layout sat.  Nak bikin sama dengan blog whatsername tur.  Chow!

-----------
Da siap gua edit.  Lebih kurang la. Terima kasih kepada sesiapa yang membaca.