Mac 09, 2011

Post #1: Sebab dan Musabab Blog ini Diwujudkan

Ya. Gua tahu takkan ada orang sedar punya gua buat blog ni. Tapi in case kalau ada manusia yang terbaca blog ni, maka gua terpaksa ler bagitahu sebab gua buat blog ni.

Kalau lu orang perasan, nama blog ni diceduk dan diciplak dari satu blog yang gua tak suka iaitu lensarosak.blogspot.com.  Jadi boleh dikatakan, gua kan cuba menangkis segala hujah-hujah palsu dan post-post lame nak mampous yang si penulis blog itu, iaitu AlexiaAqram or whathis/hername.  Kenapa gua tak suka blog itu?  ini sebab peribadi.  Gua ada pemikiran yang berkecamuk dan sentiasa perlukan sesuatu untuk direbelkan.  Rebel.  Familiar word ain't it?

Secondly, gua buat blog ni sebab gua ada masalah percintaan. Ya! Gua mat jiwang. Tapi gua tak berani nak face to face dengan masalah gua.  Gua jenis manusia yang akan lari dari masalah.  Gua lebih cenderung memendam.  Tapi gua dah tak tahan nak memendam dan tak tahu nak luah kat sape lagi beb.  Takkan nak luah kat mak bapak gua.  Haramlah.  Aku dah tahu jawapannya mesti sama macam jawapan dalam buku teks sekolah tingkatan 5 punya.  Nak luah kat membe membe?  Ego kena jaga beb.  Gua sebagai lelaki melayu tipikal kena jaga ego beb.  Maruah depan membe-membe tu.

Ok.  Sekarang gua takde masa nak menulis.  Gua nak tukar layout sat.  Nak bikin sama dengan blog whatsername tur.  Chow!

-----------
Da siap gua edit.  Lebih kurang la. Terima kasih kepada sesiapa yang membaca.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan